Word of Wisdom

"Truth is stranger than fiction, but it is because Fiction is obliged to stick to possibilities; Truth isn't." (Mark Twain)

Word of Wisdom

"Conduct yourself in this world, as if you are here to stay forever; prepare for eternity as if you have to die tomorrow." (Bukhari)

Word of Wisdom

"It is better to remain silent and be thought a fool than to open one's mouth and remove all doubt." (Mark Twain)

Pages

Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Bila, Siapa dan Apa yg Paling Penting?








Setiap hari kita perlu bertanya kpd diri 3 soalan ini:


1. Bilakah waktu yg paling penting?

Waktu yg paling penting adalah sekarang. Hal ini kerana umur kita sgt penting. Kita hidup dlm keadaan sekarang - di antara dua masa iaitu di antara dua waktu solat fardu. Misalnya, antara waktu Subuh dan Zuhur.

2. Siapakah org yg paling penting?

Bg setiap org drpd kita, org yg paling penting adlh org yg sedang berada di depan kita sekarang ini, kerana jika mereka tidak bertemu kita atau datang kpd kita, bermakna kita bukn org penting dlm hidup mereka.

3. Apakah perkara yg paling penting?

Pada setiap masa dan ketika, perkara yg paling penting adlh melakukn kebaikan. Di mana sj,pd bila2x masa dan dlm keadaan apa sekalipun, kita hendaklah berbuat baik.

Ketiga-tiga ini ialah formula utk tenang. Ia boleh dihuraikan lg begini:

Kita hidup dlm keadaan sekarang, maka sekaranglah waktu yg paling penting. Kalau kita dpt menjadikan sekarang sbg waktu paling penting, kita tidak akan menyesal.
Kita perlu mengelakkn 3 perkara ini kalau tidak mahu menyesal:
1. Merungut
2. Mengeluh
3. Menyesal


Org yg menyesal elok hidup dalam zaman dahulu, bukn sekarang. Apabila seseorg mengeluh atau merungut, dia megeluh dan merungut pd perkara yg sudah lepas. Dia tiada pengharapan yg tinggi. Jika dia menganggap sekarang ini waktu yg paling penting, dia tidak akan merungut dan mengeluh. Paling utama, dia yakin kepada Allah. Kalau kita yakin, Allah akan bersama kita.

Siapa pun yg berada di depan kita, itulah org yg paling penting dan perlu kita beri perhatian. Misalnya suami atau anak datang kpd kita kerana mereka rasa kita sgt diperlukan ketika itu. Merekalah org yg paling penting.

Di mana, bila2x masa dan dalam apa jua keadaan pun, perkara yg perlu kita lakukan adalah berbuat baik. Kita hanya boleh berbuat baik jika fikiran kita baik. Apabila fikiran baik, emosi kita baik. Apabila emosi kita baik, tindakan kita baik. Apabila tindakan kita baik, aura akan baik.

Oleh itu, untuk mengeluarkn aura baik dari dalam diri, pertama sekali kita perlu membetulkan fikiran. Dari situ hati akan betul dan akal kita memandu ke arah kebaikan.

Akhlak yg baik timbul daripada hati dan akal yg baik. Utk mengetahui sama ada kita baik atau tidak, tengok apa yg kita buat kpd seseorg. Kita mesti sentiasa baik dlm apa jua suasana, bukn dlm keadaan tertentu sahaja.

Petikan dari Majalah Q&A
-Prof. Dr. Muhaya Mohammad -

Sunday, December 11, 2011

Belajar tawakal daripada semut - from Beduk Diketuk



Suatu hari Nabi Sulaiman a.s bertanya kpd seekor semut tentang berapa byk makanan yg diperlukannya utk hidup setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan mknn sebesar sebiji gandum.

Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkn semut tersebut di dlm suatu botol dgn diletakkn bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hnya separuh sahaja drpd gula sebesar butir gandum itu yg habis dimakan oleh semut tersebut.


Sang semut menjelaskn bhw jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akn mencukupkn rezekinya. Sbb itu dia tidak perlu risau dgn hakikat itu.


Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga2x dan berjimat cermat kerana tidak yakin dgn keprihatinan manusia. Mana tahu, kalau2x manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih drpd tempoh setahun? Apa akn terjadi kepadanya?


Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yg kita boleh pelajari drpd semut. Jgn sekali2x bergantung kpd sesama makhluk dlm soal rezeki. Bergantunglah kpd Allah.



- Petikan dari Beduk Diketuk, Pahrol Mohd Juoi -



Wednesday, February 24, 2010

interesting quotes...



Sing like no one is listening. Dance like no one is watching.
Love like you've never been hurt and live like it's heaven on Earth....
- Mark Twain -


Terjumpa quote ni dlm notebook kecik aku...rs cm menarik ja bunyi nya tp tk catat sapa plak penulis..tanya pakcik google baru tau quotes ni from Mark Twain ....author of "Adventures of Huckleberry Finn" and "The Adventures of Tom Sawyer"...

sing like no one is listening<--done div="div" that..="that..">
dance like no one is watching<--already did...="did..." div="div">
live like it's heaven on earth<--yup ..i="..i" div="div" fullest...="fullest..." life="life" living="living" m="m" my="my" the="the" to="to">
love like you've never been hurt<---hurmmmm ...boleh="...boleh" being="being" careful="careful" choosy...just="choosy...just" div="div" i="i" ka="ka" m="m" more="more" now...not="now...not" on="on" safe="safe" side...huhu="side...huhu" the="the">

Tuesday, November 17, 2009

funny pictures...


1st time aku tgk gmbr nih...mmg aku tk tahan la..pecah perut gak la gelak....tgk arrow kuning tuh....penuh dramatik btoi laki tuh....





kentut berapi tuh...powerr...

Tuesday, August 11, 2009

2 budak tembam...


Sapa budak2x nih??ni la adik2x kembar aku...ni antara gmbr2x yg sempat aku scan seblom dikebas oleh mmber2x aku n sapa2x lg ntah...teringt time depa ni kecik2x dulu....mmg debab...geram aku..suka gigit pipi adik2x aku nih...bw p mna2x mesti jadi perhatian la...
Ni time depa dh leh berjalan skit dh..umur 1tahun kot...

haa..time ni tk silap aku bru nk masuk darjah 1...haha..dh slim skit dh pipi tuh...tp nmpk identical tk??klau tnya aku as kakak depa ni..mmg aku tk nmpk cm identical..sbb aku dh tau beza dh...

skang dh besar panjg dh...gmbr raya tahun lps...form3...2008



adik n abang...ni pesan kak ngh...hampa blajaq rajin2x no..jd org yg berguna besaq2x nnt..jgn lupa agama n asal usul kita...kita bertuah sbb ada mak n abah yg amik berat psai kita..cuba tgk org lain yg tkdak mk..tkdak ayah...jgn kecewakn depa...n hampa 2org ni lg la bertuah sbb hampa ni everybody's sweetheart tau...ramai yg mendoakan kejayaan hampa nih...oleh itu..jgn kecewakn hati org...bl dh berjaya..jgn lupa org2x yg dh byk berjasa n mendoakn kita...yg paling pnting..jgn lupa Tuhan n mk abah...



Wednesday, February 18, 2009

Kerana dia manusia biasa.......




Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat kpd diri saya dan semua.

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..

Mengapa?
Kerana Dia Manusia Biasa ...... Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama.
Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi. Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya....!!!
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan
pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual hanya berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.
Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur."
Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya."
Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?"
Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......
"Teruknya dia ni."
Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan
senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula
membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan
sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi
surat itu........

Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya
mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...
untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia
biasa.
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi
keperluan

isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi
kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana
saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat
tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin
mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya
tidak

berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi
lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah
ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb



Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan
kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... . "
Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
"Ssttt...... ."
Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam."
Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun
yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan
sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan
barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu 'alam