Word of Wisdom

"Truth is stranger than fiction, but it is because Fiction is obliged to stick to possibilities; Truth isn't." (Mark Twain)

Word of Wisdom

"Conduct yourself in this world, as if you are here to stay forever; prepare for eternity as if you have to die tomorrow." (Bukhari)

Word of Wisdom

"It is better to remain silent and be thought a fool than to open one's mouth and remove all doubt." (Mark Twain)

Pages

Friday, September 28, 2012

My wedding ceremony

        Alhamdulillah..skang dh almost sebulan bergelar sorg isteri kepada sorg lelaki bernama Mohd Shahir Abdullah . Love u abang...hihi..malu plak..jarang menunjukkn affectionate di khalayak ramai.

Solemnization adalah pada 31.08.2012 (merdeka kawin raya...combo semuanya..kelas giteww)
Reception di Kedah pada  01.09.2012 (birthday en.hubby..)
Reception di Taiping pada 02.09.2012 (sehari selepas birthday en.hubby...nak jugak..haha)

Pendek kata, mmg penat la ckp kau. Straight 3 days non-stop sib baik tak pengsan ja. Ada pro n con la buat terus straight. Ikut suka hati masing-masing lah nanti. Macam mana plan cuti masing-masing and family agreement from both side.

Eventhough penat kan, aku and hubby mmg berpuas hati dgn segala persiapan. Dari baju pengantin, make-up, photography, catering, and saudara mara yg tk jemu2 tolong. Mmg terima kasih tak terhingga lah pd semua.

Kat sini aku nak promote lah perkhidmatan2 yg aku gunakan time kenduri kawin aritu. Bila customer satisfied, of kos kita akan war war kan untuk orang ramai. Membantu bisnes kita sesama melayu nih..

Solemnization dan Reception both side (include make-up) - Butik Kamarul dan Yani
Komen - makeup abg kamarul mmg tk dapat nk dinafikan lagi...sememangnya GORGEOUS...tkyah nak risau2. Mmg puas hati. Hiasan bilik pengantin, pelamin, meja hidang, semuanya menepati cita rasa. Dulu kenduri kawin abg aku pon amik service abg kamarul and kak yani. And time tu mmg aku dh berhajat dah dlm hati nak amik service abg kamarul jugak sbb mmg puas hati tgk dia buat utk kenduri abg aku dlu tu kn.

Photography sebelah Kedah - Unik Photographer


Komen - mmg puas hati jugak. Klau tak caya cer try klik website depa. Gambar mmg lawa2. And depa jugak akan guide kita posing2 apa yg cun. So don't worry if kita tk reti nk posing ala model kan. And they know how to make us look like a model...(gaya miss J ckp)

Photography sebelah Taiping - Impian ST. studio


Komen - Ini photography mmber ofis aku. Keja part time dia. I don't have the link to their site but depa ada fb. So sila la LIKE fb depa na. Mmg nice jugak picture2 depa. Mcm majlis aku haritu, bila dah straight kenduri hari ketiga tu mmg masing2 dah penat gila la. And kami pon decide malas nk buat outdoor session. Tapi depa pandai amik gambaq2 candid kami and make it look nice too...mmg puas hati.

Catering sebelah Kedah - Catering plak parents aku yg uruskn. Wafti Catering. Catering yg sama dgn abg sulung aku. So kami ni mmg repeat customer la.

En. Hubby punya catering tktau plak. Nanti en.hubby updatekn.

Brenti stakat ni jelah dlu ek. Ada idea kita sembang lagi nooo...

Monday, August 27, 2012

Kahwin countdown....3 hari lg..amboi

Selamat Hari Raya semua n selamat menyambut hari merdeka. Rasa mcm tak caya jer dh nk kawin. Lagi 3 hari. Semalam masa try baju pengantin baru nk rasa stress sbb aku nampak gemuk.Huhuhuhhu.Before ni org tnya "Apa prasaan anda?" Aku ckp tk rasa apa2 pon.Excited lg adala.Now baru nk nebes.Arghhhhh...takut plak..




kad kawin simple2 jer...hihi

Friday, December 30, 2011

Bila, Siapa dan Apa yg Paling Penting?








Setiap hari kita perlu bertanya kpd diri 3 soalan ini:


1. Bilakah waktu yg paling penting?

Waktu yg paling penting adalah sekarang. Hal ini kerana umur kita sgt penting. Kita hidup dlm keadaan sekarang - di antara dua masa iaitu di antara dua waktu solat fardu. Misalnya, antara waktu Subuh dan Zuhur.

2. Siapakah org yg paling penting?

Bg setiap org drpd kita, org yg paling penting adlh org yg sedang berada di depan kita sekarang ini, kerana jika mereka tidak bertemu kita atau datang kpd kita, bermakna kita bukn org penting dlm hidup mereka.

3. Apakah perkara yg paling penting?

Pada setiap masa dan ketika, perkara yg paling penting adlh melakukn kebaikan. Di mana sj,pd bila2x masa dan dlm keadaan apa sekalipun, kita hendaklah berbuat baik.

Ketiga-tiga ini ialah formula utk tenang. Ia boleh dihuraikan lg begini:

Kita hidup dlm keadaan sekarang, maka sekaranglah waktu yg paling penting. Kalau kita dpt menjadikan sekarang sbg waktu paling penting, kita tidak akan menyesal.
Kita perlu mengelakkn 3 perkara ini kalau tidak mahu menyesal:
1. Merungut
2. Mengeluh
3. Menyesal


Org yg menyesal elok hidup dalam zaman dahulu, bukn sekarang. Apabila seseorg mengeluh atau merungut, dia megeluh dan merungut pd perkara yg sudah lepas. Dia tiada pengharapan yg tinggi. Jika dia menganggap sekarang ini waktu yg paling penting, dia tidak akan merungut dan mengeluh. Paling utama, dia yakin kepada Allah. Kalau kita yakin, Allah akan bersama kita.

Siapa pun yg berada di depan kita, itulah org yg paling penting dan perlu kita beri perhatian. Misalnya suami atau anak datang kpd kita kerana mereka rasa kita sgt diperlukan ketika itu. Merekalah org yg paling penting.

Di mana, bila2x masa dan dalam apa jua keadaan pun, perkara yg perlu kita lakukan adalah berbuat baik. Kita hanya boleh berbuat baik jika fikiran kita baik. Apabila fikiran baik, emosi kita baik. Apabila emosi kita baik, tindakan kita baik. Apabila tindakan kita baik, aura akan baik.

Oleh itu, untuk mengeluarkn aura baik dari dalam diri, pertama sekali kita perlu membetulkan fikiran. Dari situ hati akan betul dan akal kita memandu ke arah kebaikan.

Akhlak yg baik timbul daripada hati dan akal yg baik. Utk mengetahui sama ada kita baik atau tidak, tengok apa yg kita buat kpd seseorg. Kita mesti sentiasa baik dlm apa jua suasana, bukn dlm keadaan tertentu sahaja.

Petikan dari Majalah Q&A
-Prof. Dr. Muhaya Mohammad -